Monday 31 December 2012

kenapa susu ibu bagus????

Assalammualaikum...

Wah, lamanya tak jengah blog sendiri...bukan tak derk idea tapi penyakit malas sudah menjengah diri...huhuhuuhuh
Untuk ibu-ibu atau yang bakal jadi ibu, pikir2 la sebelum nak putuskan dari menyusu susu badan.Menyusu badan ni baik tuk ibu tu sendiri.Boleh kuruskan badan....pada yang obses sgt dengan penampilan,maser menyusu ni lah boleh kuruskan badan. Maner tak nyer, ader penyedut lemak original,... hampir separuh lemak yang kita ambil setiap hari akan terkumpul dalam air susu untuk bekalan baby kita. Jangan risau, baby takan obes macam makan burger, ker aper ker. Tuhan dah buat dah, aper yang paling bagus untuk baby adalah yang datang dari ibu dia sendiri. Maser menyusulah ibu2 boleh kecutkan rahim. Ader info sayer dengan setiap sedutan dari baby ker payudara ibu, akan menggalakkan pengecutan rahim terutama yang baru lepas bersalin. Kan bagus tu....tak yah teruk2 gi urut bbagai....
 Untuk baby lak, susu ibu meningkatkan imunisasi baby. Jarang dapat penyakit biasa2 tu la, macam selsema, hingus etc...Kalo sesekali dapat penyakit tu pon, badan dier boleh lawan sendiri ....kan bagus macam tuh, tak payah bergantung sangat dengan ubat moden yang rata2 semua guna drug....
otak baby lak berkembang dengan lebih cepat berbanding baby yang ambil fm (formula).Yang ini memang dah jadi depan mata sendiri, berdasarkan pengalaman sendiri. Anak sulong, memang tak ada ilmu langsung pasal breastfeed .Akibatnya, anak sulong hidup berbekalkan fm semata2.Perkembangan memang agak lambat berbanding budak seumur dengan dier. Mula2 saya menyalahkan bersalin awal menyebabkan dier jadi camn tuh. Bila mengandung anak kedua, ilmu tu sedikit2 saya timba.Bermula dengan pertanyaan pada kawan, kenapa dier bawa pump tiap2 hari pergi kerja???Dari dia, saya nekad untuk bagi anak susu badan wakau macammana susah pun. Saya tahu, saya akan ada masalah dengan nipple maser nak menyusukan tapi nekad tetap nekad.Usia kandungan 7 bulan saya dah beli pump siap2.saya pilih spectra3 sebab affordable....mula2 teringin medela swing tapi tak mampu kot....

inilah spectra3 yang affordable tuuuu


Alhamdulillah, baby dah 10 bulan sekarang, masih minum susu ibu, walaupun saya tak mampu nak direct feeding sebab dier refuse DF awal2 lagi, saya maih mampu bagi susu ibu pada baby, nasib baik saya beli pump ni awal2. Sekarang walaupun saya hanyalah EP mom (exlusively pumpping), saya masih boleh berbangga sebab baby minum susu ibu.
Saya boleh bezakan perkembangan si adik lebih cepat berbanding si abang pada umur itu.sekarang adik 10 bulan, dah start nak berjalan, dan dier akan menangis kalo ada orang yang dier tak kenal dekat dengan dier. itu adalah salah satu tanda otak baby cepat berkembang.So, kalo baby anda pon macam tu, jangan kata dier peghak ker aper kerr...okay....

Tuesday 18 December 2012

Aduhai.....nak post pon susah....

Ingatkan nak taip entry guna word dalam telepon tapi bila dah siap berjela-jela, rupanya tak bleh nak copy paste. Orang baru, mana nak tahu semua ni..... Bila tak bleh nak eksport dari phone ke dalam blog, mula la mood pon dah tak derkkkk. Nak taip balik, lagi baik tarik selimut, tido trus....
Ada baiknya post benda lain selain dari idea yang hilang setelah di curahkan ke dalam phone....

Tujuan utama saya nak kongsi pasai penyusuan susu ibu sebab saya adalah penyokong tegar penyusuan susu ibu. Masa tengah tunggu turn di nursing room kat tempat kerja minggu lepas, adala ofis mate ni (chinese), baru selesai  pumping.Dia kata, ada satu lagi ofis mate yang akan naik dari cuti bersalin pertengahan bulan ni. "Tapi dia mau putus, tak mau kasi anak minum, saya bagitau, Tuhan dah bagi you ini(sambil tunjuk kat dada), you kasi la anak you makan, bukan susah".Bila dengar dia cakap macam tu, dalam hati saya terdetik, ini chinese, bukan Islam tapi dia boleh pikir macam tu, kenapa kita, orang Islam tak mampu nak terlintas sekalipon benda macam tu tentang susu ibu. Dalam Al quran pon ada sebut, suruh susukan anak hingga 2 tahun, tak mampu kah kita nak buat.....

Separuh dari pekerja di tempat kerja saya yang melahirkan pada tahun ini (tapi tahun ni memang banyak orang mengandung), tak datang pon pumping kat nursing room, maksudnya mesti diorang dah campur susu ataupun dah putus terus.Kalo semua pekerja ni pumping, memang nursing room yang satu-satunya kat tempat kerja saya tu, mesti suntuk giler...baru la ada modal nak highlight kat HR untuk tambah nursing room...Ramai-ramai datang pumping, meriah ckit. Tiap kali masuk nursing room, mesti usha peti sejuk dulu, tengok hasil pendapatan mommies lain.Yang banyak, meriah akhamdulillah, yang sikit, tingkatkan usaha. Power pumping ker, tandem nursing ker, ambik booster ker, terpulang laaa..

Menyusukan ni banyak faedahnya.Nak tau, stay...orait....

Wassalam




Monday 17 December 2012

Apa ada dalam blog ni?????????

Pertama sekali, selamat datang dan Assalam....
Ini adalah 1st time tulis blog ni, itupun sebab saja suka-suka dan nak share dan nak bincang pasal topik -topik yang ada kena mengena dengan ibu, bayi, pregnancy dan segala macam perkara-perkara yang ada sangkut paut dengannya.....

Mula-mula mari kita bincang pasai pregnancy, ataupun mengandung....
Macammana kita mengandung??? Apa yang terjadi semasa mengandung???Masalah-masalah semasa mengandung???By the way, saya bukan doktor nak bagi penjelasan cukup terperinci bagi setiap topik yabg diutarakan tapi coretan ini adalah sekadar flash back apa yang telah saya lalui sepanjang berfelar ibu....jangan salah faham pulak nanti.....

Saya ni jenis yang suka nak tahu sesuatu benda secara terperinci walaupun bukannya penting pon untuk saya tahu...kadangkala bila doktor cakap "you ada diabetes in pregnancy", tak tertanya-tanya ke macammana boleh jadi diabetes ni padahal sebelum ni elok aja.....so, bagi sesapa kat luar nu, yang ada lebih pengetahuan dari saya ni, silalah beri tunjuk ajar semampu boleh.....

Lepas tu, nanti kita masuk bab bersalin, baby, masalah bayi, dan sampaila baby tu dah boleh jalan...lagi sekali saya nak cakap kat cni, saya bukan orang yang pakar dalam bab- bab ni, sekadar nak kongsi cerita.....

wallahualam.....