Thursday 24 January 2013

Bayi anda: Bayi anda ada G6PD Defiency???

Assalammualaikumwarahmatullah....

Tengah suap baby 11m ni breakfast tadi, tiba-tiba teringat, macammana kalau saya tersalah bagi makanan pada si kecik??? Baby saya G6PD Defiency....

Apa tu G6PD???? 1st sekali saya dengar ni masa mak saya melahirkan adik bongsu. Mak kata adik tak boleh bawa balik lagi sebab dier G6PD. G6PD ni selalunya kerana keturunan, sudah ada dalam genetik, jika perempuan, dia adalah pembawa, jika lelaki samada dia pembawa atau dia sendiri ada G6PD Defiency. G6PD adalah satu enzim dalam sel darah merah penting untuk metabolisme. Nama panjang G6PD adalah Glucose-6-phosphate dehydrogenase deficiency (yang ni saya copy paste aja).Jangan silap,ia bukan penyakit tapi adalah bawaan genetik, macam rambut kita juga la kan. ada yang kerinting, ada yang lurus, kan???Ikut keturunan la kan.

Masa mak bawa balik adik, mak kata buang semua nila dalam rumah.Kenapa??? Macam mana dengan baju sekolah kami???Baby G6PD tak boleh terhidu nila, naftalena (ubat gegat), ubat nyamuk elektrik, makan kacang parang dan sesetengah ubat dan dadah juga tak boleh bagi, contohnya ubat anti-malaria( kalau Malaysia ada malaria, yang nak teruk pon mesti anak-anak saya, Nauzubillah).Bayi yang termakan benda pantang ni akaN menyebabkan sel darah merah pecah dan kalo lambat boleh menyebabkan kematian. tanda2 awal macam muntah dengan teruk, pucat lesi, keletihan yang amat teruk, bernafas dengan cepat, nadi laju, demam kuning .....

Anak pertama saya dinyatakan oleh doktor ada benda ni. Sebelum tu, adik bongsu saya, dua daripada anak adik -adik saya, dan sepupu saya sebelah mak semua ada G6PD. Kesemua mereka adalah lelaki. Kini anak kecik saya pon dinyatakan ada G6PD. So, memang nyatalah family saya pembawa kepada G6PD ni. Kalau anak anda dikatakan ada benda ni, jangan risau, baby yang ada ni bukan sakit malah lebih aktif tetapi segala pantang mesti jaga. Saya sudah terbiasa dengan adik bongsu saya, so bila ada anak G6PD juga, tak jadi masalah dah la.

G6PD dikesan selepas lahir lagi. Kalau anda perasan, baby yang baru lahir, paed akan mabil darah untuk buat ujian kan??? Salah satunya faktor ini lah. test pertama kalo positif, dia akan ambil 2nd test. kalo 2nd test pon posotif, secara rasminya baby tu akan ada C6PD defiency. Tapi kalo 2nd test negatif, paed akan ambil 3rd test. Kedua2 bayi saya ambil 3 test, sebab result yang tak menentu. 

Selalunya G6PD Def. ni positif pada lelaki saja, kalau perempuan dia adalah pembawa. Dalam satu family, jika ada antara ibu atau bapa pembawa, mesti akan ada sekurang-kurangnya seorang daripada anak meraka akan mengalami G6PD Def. Tapi, semas saya dalam ward melahirkan baby kecik ni,ada seorang sis ni, bertelingkah dengan doktor kerana anaknya tidak boleh balik lagi, dia pon siap nangia2 tengok baby dia meraung bila paed ambil darah. Saya pergi la tanya, apsal?? Dia kata, baby tak boleh balik lagi sebab test G6PD.Saya pon pelik, macammana anak dia ada G6PD walaupun anak dia perempuan. Paed cakap sekarang ni baby girl pon dah ada G6PD Def tapi tak banyak, dalam 1/1000 gitu laaa. Macammana result 2nd test baby sisi tu pon saya tak tau sebab petang tu juga saya discharge dari wad.

Untuk ibu2 yang ada baby gini, jangan gundah gulana sebab ia bukan penyakit. treat your baby as normal baby, bukan macam baby sakit plak....


wassalam....